• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Juara – Liverpool Hanya Kalah, Bukan Tersingkir

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BASEL – Brendan Rodgers enggan menafikan peluang Liverpool dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah sekalipun mempamer aksi longlai ketika tewas 1-0 kepada Basel, awal pagi tadi.

Basel melakar kemenangan tipis di St Jakob-Park menerusi jaringan tunggal kapten juara Switzerland itu, Marco Streller hanya tujuh minit selepas perlawanan babak kedua bermula.

The Reds yang sebelum ini menang tipis 1-0 ke atas kelab Bulgaria, Ludogorets Razgrad pada aksi pertama hasil jaringan kapten, Steven Gerrard akan bertemu gergasi Sepanyol, Real Madrid pada aksi ketiga Kumpulan B.

Sekalipun kekalahan di Basel mula mencetus kebimbangan terhadap penyokong di Anfield, pengurus Liverpool, Rodgers menegaskan peluang buat pasukannya masih terbuka.

“Kumpulan ini amat sengit. Ia akan menjadi kumpulan yang akan bertarung sehingga penghujungnya, terutama untuk tempat kedua. Kami tidak berilusi yang ia akan menjadi sukar.

“Objektif kami masih untuk mara ke pusingan kalah mati.

“Adalah sesuatu yang mengecewakan malam ini kerana perlawanan selepas ini adalah perkara yang besar di Anfield. Dalam kejohanan ini, perlawanan di tempat sendiri amat penting namun kami berharap untuk layak kerana itu adalah sasaran kami.”

Liverpool yang kembali menyertai aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas lima tahun terikat tiga mata bersama juara Switzerland, Basel dengan Real menghuni tangga teratas dengan enam mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Ludogorets.

Penyandang juara itu akan berkunjung ke Anfield pada 22 Oktober depan sebelum Liverpool membuat kunjungan balas pada 4 November.

Dalam pada itu, Rodgers terus mempertahankan penyerangnya, Mario Balotelli dan Lazar Markovic sekalipun mempersia-siakan peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada babak kedua.

“Ia mengecewakan selepas apa yang kamu lakukan ketika sesi latihan,” katanya. “Apabila kamu melepaskan bola seperti itu, ia sesuatu yang amat sukar terutama menentang pasukan yang memiliki rekod baik menentang pasukan Inggeris,” katanya.

“Secara teknikal, kami tidak mencapai tahap yang kami miliki tahun lalu namun saya berharap kehadiran pemain-pemain yang berdepan kecederaan akan membuatkan kami semakin pulih.”

Liverpool ketika ini menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris dan akan menanti kunjungan West Brom di Anfield. – AFP

Tags: Liverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd