• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mahu Pulang Kampung Maut Digilis Keretapi

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bangladesh – Kekecohan meletus di sebuah stesen keretapi Lapangan Terbang di Dhaka selepas seorang lelaki terjatuh dari keretapi yang penuh sesak dengan penumpang yang mahu pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.

Lelaki itu tercampak dari keretapi tersebut sebelum meninggal dunia akibat digilis.

Kejadian itu disaksikan oleh beribu-ribu penumpang termasuk kanak-kanak yang ketika itu berasak-asak untuk pulang bagi menyambut Aidiladha.

Meskipun timbul kekecohan akibat kejadian itu, namun ia tidak membantutkan perjalanan mereka untuk menyambut Hari Raya korban .

Namun persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidiladha di Bangladesh berdepan dengan kontroversi selepas pihak berkuasa memberi amaran bahawa ada lembu dan kambing yang akan dijadikan korban, disuntik dengan steroid untuk menggemukkannya.

Pakar perubatan bimbang binatang tersebut boleh menyebabkan kanser akibat suntikan steroid.

“Dianggarkan 20 peratus daripada binatang yang dijual sepanjang Aidiladha itu disuntik dengan steroid terlarang seperti dexamethasone.

“Lembu yang disuntik steroid ini membolehkan penternak mendapat tambahan $400-$1,000 bagi setiap ekor binatang namun ia menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada manusia,’’ kata Profesor Sains Binatang di Universiti Pertanian Bangladesh, Muzaffar Hossain.

Tags: Bangladeshkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd