• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Berpeluang Tunai Haji Musim Akan Datang

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mengerjakan haji pada musim haji akan datang apabila kerajaan Arab Saudi mengkaji semula kuota haji negara-negara selepas pembangunan dan pembesaran kawasan Masjidil Haram di Makkah selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata berdasarkan perbincangan dengan Ketua Bahagian Muassasah Asia Tenggara, dimaklumkan kuota bagi semua negara termasuk Malaysia akan dikaji semula apabila pembangunan selesai.

“InsyaAllah jika pembangunan yang dijangka siap hujung tahun hadapan itu dapat diselesaikan lebih awal, ia mungkin membantu untuk mempercepatkan penambahan kuota bagi menunaikan haji,” katanya pada sidang media sejurus tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua anggota negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Malaysia.

Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.

Jamil Khir berkata jumlah kuota terkini kepada Malaysia akan diumumkan selepas mesyuarat haji yang akan diadakan kemudian.

Sehingga Mei lepas, seramai 1.5 juta umat Islam negara ini telah mendaftar untuk menunaikan haji.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 10 jemaah meninggal dunia di tanah suci manakala 81 jemaah sedang dirawat di hospital di Makkah, iaitu 75 di hospital Tabung Haji dan enam di hospital kerajaan Arab Saudi.

Jamil Khir berkata kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka tiba di KLIA pada 9 malam, Jumaat ini, manakala penerbangan akhir dijadual mendarat di tanah air pada 6 Nov, jam 6.30 pagi. – BERNAMA

Tags: Jamil Khirjemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd