• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan: Pendapatan isi Rumah 2014 Tunjuk Corak Positif

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendapatan isi rumah Malaysia pada tahun ini menunjukkan corak yang positif, sejajar dengan perkembangan ekonomi negara, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Trend pendapatan isi rumah itu ditunjuk menerusi Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES), yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dari Januari hingga akhir tahun, melibatkan 83,456 isi rumah yang tinggal di kediaman persendirian.

Dari laporan awal berdasarkan maklumat yang diperoleh, dalam tempoh enam bulan pertama penyiasatan terhadap 42,000 isi rumah, laporan menunjukkan bahawa median pendapatan bulanan isi rumah mencatatkan peningkatan tahunan lapan peratus kepada RM4,258 tahun ini, berbanding RM3,626 pada 2012.

Sementara itu, purata pendapatan bulanan turut berkembang 8.4 peratus kepada RM5,919 daripada RM5,000 dalam tempoh yang sama.

“Pertumbuhan pendapatan dinikmati oleh isi rumah bandar dan luar bandar di setiap negeri,” kata MoF dalam Laporan Ekonomi 2014/2015.

Laporan itu dikeluarkan sempena Bajet 2015 yang dibentangkan di Parlimen hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Penyiasatan itu turut menyatakan purata perbelanjaan bulanan isi rumah mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 8.8 peratus kepada RM3,496, berbanding RM2,254 yang direkodkan pada 2009.

Kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain merupakan penyumbang utama kepada keseluruhan perbelanjaan isi rumah dengan peratusan sebanyak 22.8 peratus.

Ini diikuti oleh makanan dan minuman bukan alkohol berjumlah 18.1 peratus, pengangkutan (15.4 peratus) serta restoran dan hotel (12.3 peratus). – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apek Ni Bawa Babi Macam Dia Tinggal Kat China Bukan Malaysia!

Next Post

Laporan: Ekonomi Global Dijangka Tumbuh 3.9 Peratus Pada 2015

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Laporan: Ekonomi Global Dijangka Tumbuh 3.9 Peratus Pada 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd