• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk RM5b Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan dengan peruntukan RM5 bilion untuk merangsang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Membentangkan Bajet 2015 di Parlimen hari ini, beliau berkata skim itu dijangka memberi manfaat kepada 4,000 PKS yang akan menyaksikan had maksimum pembiayaan sebanyak RM5 juta dengan 70 peratus jaminan kerajaan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan turut melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan sebagai insiatif untuk mencapai sasaran 60 peratus sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Tahun lepas, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2 peratus kepada KDNK.

“Kerajaan juga akan mewujudkan Skim Insentif Penyelidikan bagi perusahaan dengan peruntukan RM10 juta untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, teknologi maklumat dan komunikasi dan industri berasaskan pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah RM300 juta untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan mempromosi eksport untuk menembusi pasaran baharu.

“Kerajaan akan mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Persatuan Francais Malaysia.

“Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk skim ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015: Elaun Sara Hidup Nelayan Dinaikkan

Next Post

Bajet 2015: Pelan Tindakan Air Jamin Kelangsungan Bekalan

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Bajet 2015: Pelan Tindakan Air Jamin Kelangsungan Bekalan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd