• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat Denggi Terus Meningkat

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 153 kes kematian akibat demam denggi dicatat sehingga pertengahan Oktober tahun ini di seluruh negara berbanding hanya 55 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini adalah peningkatan ketara yang mana terdapat sebanyak 80,578 kes demam denggi berbanding hanya 25,119 kes pada tempoh sama untuk tahun lepas.

“Pada minggu lepas, terdapat empat kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan iaitu masing-masing di Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti 113 lokasi ‘hotspot’ wabak yang masih aktif di seluruh negara iaitu 65 di Selangor, 45 di Kelantan dan masing-masing satu di Sarawak, Sabah dan Perak.

“Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan, sebanyak 82,747 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,186 premis didapati terdapat pembiakan Aedes pada minggu lepas,” katanya.

Antara kawasan yang menjadi tempat pembiakan Aedes ialah tanah perkuburan, tapak pembinaan, tanah kosong, tempat ibadat, tempat pembuangan sampah, sekolah, taman rekreasi, pejabat kerajaan dan kilang.

Di KOTA BAHARU, kes demam denggi yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menunjukkan penurunan drastik iaitu daripada 180 kes sehari pada Ogos lalu kepada 50 kes sehari sejak dua minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata aliran penurunan itu hasil kerjasama pelbagai pihak dalam membasmi wabak itu yang dilaporkan serius sebelum ini.

“Jika sebelum ini hampir 200 pesakit sehari menerima rawatan di hospital ini, kini berkurangan kepada seramai 50 pesakit sehari,” katanya kepada pemberita selepas Program Larian Amal Kesedaran Penyakit Demensia (nyanyuk) di Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental hari ini.

Beliau berkata, daerah Kota Baharu masih menjadi penyumbang tertinggi kes demam denggi diikuti daerah Tumpat. – BERNAMA

Tags: demam denggiKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd