• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Had Layak Mohon PR1MA RM10,000 Sebulan

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi pemohon program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dinaikkan tahun hadapan daripada RM8,000 kepada RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bawah program berkenaan, sebanyak 80,000 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion akan dibina, antara lain bagi menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan.

“Selain itu, menurutnya Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, 26,000 unit rumah akan turut dibina di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

Selain itu, beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad turut akan menyediakan 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat, dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat yang dibina atas tanah persendirian.

Najib berkata bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan mengurangkan kos membeli rumah, kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman, selain menaikkan had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000 sehingga 31 Dis 2016.

“Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas Bhd, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada RM500,000 selaras pengecualian duti setem tersebut.

“Disamping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini turut dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun,” katanya.

Skim Rumah Pertamaku dilancar Mac 2011, bertujuan membantu individu, terutama golongan muda berpendapatan bulanan kurang daripada RM5,000, untuk membeli rumah.

Skim itu membenarkan mereka memiliki rumah pertama dengan tawaran pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd