• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Julia Perez Sibuk Pilih Sperma, Inginkan Anak Terbaik

oleh AK-47
25/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI dangdut Julia Perez atau Jupe yang menggemparkan Indonesia apabila ingin mendapatkan zuriat melalui tabung uji nampak gaya tidak mempedulikan kecaman terhadap tindakannya, sebaliknya kini sibuk memilih sperma terbaik untuk zuriatnya.

Jupe, 34, berkata sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.

Dia mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal anaknya tidak mengecewakan.

“Wajar kalau saya seleksi karena enggak mau beli kucing dalam karung. Saya ingin anak saya sehat. Pokoknya berikan contoh yang baik dan berguna,” kata Jupe memetik kompas.com.

Jupe juga tidak menafikan kemungkinan untuk berkahwin dengan penderma sperma itu nanti.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano ini menambah, dia inginkan suami yang mempunyai sperma bagus untuk memperoleh anak seterusnya.

“Saya enggak mau nakal, jadi ikutin saja, dan saya mau nikahin donor saya nantinya. Cinta belakangan, yang penting kan sah,” kata Jupe lagi.

Bagaimanapun, kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan. Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada proses anak tabung uji Jupe akan dilakukan di Singapura atau Pulau Pinang kerana dia masih enggan mendedahkan di mana pemeriksaan perubatan dilakukannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: Julia Perezspermatabung uji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempar!! Doktor New York Pula Diserang Penyakit Ebola

Next Post

Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Bergaya Persis Suri Cruise

Related Posts

Perlu Kaji Lagi Jika Lelaki Boleh Mandul Kerana Covid-19

22/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana...

Bangunan ‘Sperma Gergasi’ Bakal Dibina Di London

07/04/2019
0

BANGUNAN pencakar langit yang diberi nama The Tulip (yang juga dikenali sebagai 'sperma gergasi') hampir menjadi kenyataan untuk dibina di...

Next Post

Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Bergaya Persis Suri Cruise

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd