• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeremy Koo Kesal Gagal Sumbang Emas

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Pelayar berpengalaman negara, Jeremy Koo melahirkan rasa kecewa setelah gagal menyumbangkan pingat emas keempat negara di temasya Sukan Asia Ke-17 pada hari penutup tirai sukan kapal layar.

Jeremy bersama krunya Looi Sing Yew, Mohamed Fauzi Mohamed Mustafa dan Ong Khong Shing yang beraksi dalam acara bot kelas J8 terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas melengkapkan perlumbaan ke-72 di Wangsan Saling Marina hari ini.

Pada aksi penentuan pingat gangsa, Jeremy tewas kepada pelayar Jepun, Sakamoto Wataru dan kru Nobuyuki Imai/Yasuhiro Okamoto/Wada Daichi  selepas pasukan ‘Matahari Terbit’ itu memenangi perlumbaan dengan kutipan 2.0 mata penalti.

Pingat emas bagi acara tersebut pula menjadi milik Singapura (Soh Maximilian Khyan Tat/Wong Ming Ho Justin/Chan Andrew Paul Lin Jian/Kan Russell Tsung Liang) selepas mendahului Korea Selatan  dengan 2.0 mata penalti.

Pasukan pelayaran Korea Selatan dibarisi Park Gunwoo/Chae Bongjin/Sungmin Cho/Kim Sungwok meraih pingat perak bagi acara tersebut.

Jeremy, selaku jurumudi, berkata beliau dan rakan-rakannya rasa bersalah kerana gagal merealisasikan harapan seluruh kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia yang menanti-nantikan sebutir lagi pingat daripada acara pelayaran.

“Kami memohon maaf kepada semua kerana gagal sumbang pingat walaupun kami telah berusaha dengan sedaya upaya,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai perlumbaan itu, beliau berkata pasukanya bermula dengan baik namun gagal menandingi Singapura yang telah menunjukkan prestasi luar biasa.

“Hari ini bukan untuk kita sebaliknya untuk mereka (Singapura)…hanya   itu sahaja saya dapat ulas mengenai Singapura,” katanya.

Skuad pelayaran negara berjaya menamatkan cabaran negara di Incheon dengan rekod pencapaian yang boleh dibanggakan selepas berjaya membawa pulang satu pingat emas dan dua pingat perak dan ianya boleh disifatkan sebagai detik gemilang bagi kem pelayaran negara.

Sementara itu, Pengurus Besar, Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata beliau rasa gembira dengan prestasi cemerlang semua pelayar negara.

Beliau berkata hasil kejayaan tersebut menunjukkan pelayar muda negara bawah umur 21 tahun mempunyai potensi besar untuk menyumbang lebih banyak pingat pada Sukan Asia 2018 di Jakarta.

“Usaha berterusan antara persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu diperhebatkan lagi kerana pelayar muda kita perlu menimba pengalaman yang lebih luas bagi mempersiapkan diri sebelum menghadapi cabaran yang sama pada 2018 nanti,” katanya.

Pingat emas disumbangkan oleh Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz menerusi acara 420 duo lelaki Dinghy manakala pingat perak masing disumbangkan oleh  Khairulnizam Afendy dalam acara Laser lelaki dan Nuraisyah Jamal/Umi Norwahidah Sallahuddin (420 Wanita).

Pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, pingat emas dimenangi menerusi gandingan Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed dalam kelas 420 wanita.

Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Malaysia meraih satu pingat emas menerusi Rufina Tan dalam kelas Optimist. – BERNAMA

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd