• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tikus Di Hospital USM Kubang Kerian Selesai

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Isu tikus berkeliaran di Hospital dan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dianggap selesai setelah pengurusan universiti itu dan Majlis Perbandaran Kota Baharu mengambil tindakan pro aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihak USM sendiri telah melantik syarikat swasta untuk menjalankan pemungutan sampah dua kali sehari iaitu pada pukul 7 pagi dan 7 malam di kawasan kampus kesihatannya.

“USM sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 yang digunakan sejak Oktober tahun lalu hingga September tahun ini bagi tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan laporan yang diterima, kafeteria Desa Siswa Nurani di kampus itu yang sebelum ini dikatakan menjadi antara lokasi tikus berkeliaran juga telah diberi status gred A.

“HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) juga telah memperkenalkan konsep tiada sampah selepas 10 malam untuk mengelak sampah terbiar hingga menjadi tempat pembiakan tikus,” katanya.

Katanya USM juga telah menjalankan kerja-kerja menutup lubang-lubang yang berisiko menjadi sarang tikus selain menggunakan racun di kawasan yang sesuai menggunakan kaedah itu. – BERNAMA

Tags: hospitaltikus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd