• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Zairil Yang Muatnaik Gambar Intim Suami Dan Dyana?

oleh AK-47
27/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, kisah penyebaran gambar mesra dua ahli politik Melayu DAP iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya bagai dibawa angin lalu sebaik sahaja tersebar gambar dan video seks didakwa melibatkan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus,

Bagaimanapun, isu Zairil – Dyana kini kembali diperkatakan apabila muncul pula khabar terbaru kononnya, gambar mesra mereka berdua sebenarnya dimuat naik oleh isteri Zairil yang dikenali sebagai Dahlia sendiri di laman sosial sebelum ia tersebar.

PANAS! Isteri Zairil Yang Muatnaik Gambar Intim Suami Dan Dyana ?

Memetik blog azmyawangklanajaya.blogspot.com, gambar itu dikatakan didedah oleh Dahlia kerana tidak tahan lagi dengan skandal sulit suaminya.

Gambar-gambar tersebut didakwa dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang di mana kedua-duanya dalam keadaan mabuk sebelum diserahkan kepada Dahlia.

Dahlia yang sakit hati, kemudiannya dikatakan telah memuatnaik gambar-gambar tersebut menggunakan Facebook Zairil dengan membuat ‘TAG’ kepada Dyana Sofya dan Dyana So.

Zairil yang mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dengan harapan tiada sesiapa melihat dan mengesannya tetapi terlambat apabila ramai ‘kawan-kawan’ telah melihat gambar-gambar tersebut.

Menurut laman blog ini lagi, Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil bermain kayu tiga dengan Dyana Sofya hinggakan, Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil.

Setelah kecoh, Lim Guan Eng dikatakan segera bertindak ‘untuk membetulkan keadaan’ di mana Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekali gus meredakan ketegangan.

Tindakan itu juga bagi mengelak dirinya daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.

Justeru tidak hairanlah, mengapa ikrar Zairil bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menyebarkan gambar-gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan.

Sedangkan pada masa sama, tiada keberanian ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu,  terang blog itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: Diyana-Zairil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zairil, Dyana Sofya Sah Bertunang

11/03/2018
0

TERBONGKAR... Pemimpin DAP Pusat, Zairil Khir Johari hari ini mengesahkan sudah bertunang dengan pemimpin Sosialis Muda DAP, Dyana Sofya Mohd...

Mengaku Saja Lah: Tunku Aziz Nasihat Zairil

11/03/2017
0

BEKAS NAIB pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berpendapat Zairil Khir Johari perlu berterus-terang jika benar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd