• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri TPM Ketuai 80 Penerima Darjah, Pingat Kebesaran Pahang

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengetuai 80 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-84 di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Noorainee merupakan antara 20 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan pingat di Balairong Seri Istana Abu Bakar.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain isteri Timbalan Perdana Menteri, turut menerima darjah SSAP ialah isteri Menteri Besar Datin Seri Junaini Kassim; isteri Menteri Pertahanan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah.

Turut menerima darjah yang sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Khair Mohamad Yusof; dan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani.

Tujuh individu pula menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka termasuk isteri Panglima Angkatan Tentera Datin Seri Umi Kalsom Wan Awang; Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia Puan Sri Dr Imran Ibrahim; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Tanah dan Galian Pahang Datuk Azizan Ahmad dan pesara Datuk Omar Othman.

Seramai 10 individu dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 20 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Tiga orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (tiga orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (empat orang) dan lima orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Tiga orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); dan empat orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).- BERNAMA

Tags: pingat kebesaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Perak Sampai Pingat Kepada 296 Penerima

10/11/2018
0

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Perak...

191 Terima Pingat Keputeraan Sultan Selangor Ke-72

30/10/2018
0

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 191...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd