• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedihnya.. Ibu Rayu Penculik Bebaskan Zakia Aliep

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – “Aku mahu anakku pulang, lama sudah dia di sana… dia pun sudah rindu sama mak,” demikian luahan ibu kepada anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna sejak 12 Julai lepas.

Juna Gumbur, 54, hanya meluahkan kata-kata itu ketika ditemui pemberita selepas lawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff.

Dalam nada sendu sambil menitiskan air mata, beliau berkata harapannya hanya mahu melihat anak ketiga daripada enam beradik itu dikembalikan kepada pangkuan keluarga dalam masa terdekat.

Bapa mangsa, Aliep Sadu, 53, berkata beliau dapat merasai penderitaan yang dialami Zakia, 27, yang sentiasa bersuara sayu setiap kali menghubunginya selepas diculik tiga bulan lepas.

“Saya memang pernah terima panggilan daripada Zakia… suaranya sayu dan jadi apa-apa pun kita ikut prosedur mereka (polis). Anggota keluarga tiada apa-apa lagi selain berharap pembebasan Zakia cepat-cepat ditebus segera… itu sajalah harapan kami,” katanya.

Aliep yang mewakili keluarganya turut merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan dan sumbangan pihak polis selain mempercayai kemampuan pihak berkuasa untuk menangani isu keselamatan dan pembebasan anaknya.

Sementara itu, isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, berkata Zakia hanya meminta mahu dibebaskan segera setiap kali menghubunginya dan perbualan dengan suami berlangsung dalam nada sedih apatah lagi apabila berkisar soal anak.

“Dia memang selalu bertanya pasal anak, kalau dengar suara anak menangis, dia juga akan menangis.

“Perbualan kami hanya beberapa minit sahaja, setiap kali menerima panggilan telefon. Saya sudah tidak ingat bila panggilan terakhir daripadanya pada minggu lepas kerana banyak sangat dalam fikiran… perbualan hanya bertanya khabar dan mengenai rundingan.

“Saya hanya harap suami pulang dengan selamat,” katanya.

Mengenai lawatan itu, katanya, beliau dimaklumkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membebaskan Zakia secepat mungkin.

Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, itu turut mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32. – BERNAMA

Tags: tebusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Tentera Myanmar Didakwa Jadikan Kanak-kanak Tebusan

28/02/2022
0

YANGON: Sekumpulan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Myanmar selama dua hari ketika bertempur dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd