• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjing Sajian Utama Festival Paling Kontroversi Di China

oleh AK-47
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pesta yang dinamakan Festival Daging Anjing berlangsung setiap tahun pada bulan Oktober di Bandar Yulin, dengan dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan disembelih dalam sehari untuk dijadikan makanan.

Amalan tradisi kuno yang diwarisi sejak 600 tahun lalu ini mendapat pelbagai bantahan terutamanya daripada pencinta haiwan sedunia.

Kebanyakan rakyat China sendiri membantah kerana ia dilihat perbuatan yang telalu kejam terhadap anjing namun para penduduk di daerah Yulin masih tidak boleh meninggalkan amalan tradisi nenek moyang mereka ini.

Festival ini disambut bagi merayakan musim panas dengan mewajibkan daging anjing sebagai sajian utama.

anjing1
Gambar: Penduduk tempatan dan pelancong sedang makan daging anjing di Yulin

Festival tersebut sangat mendapat sambutan bagi penduduk Yulin dan para pelancong-pelancong yang mengunjungi daerah tersebut akan disajikan dengan pelbagai menu hidangan daging dalam bentuk BBQ, stir-fry dan boiled bersama-sama dengan sayur-sayuran, laici dan alkohol.

anjing2
Gambar: Seorang lelaki sedang makan daging anjing

Penduduk tempatan Yulin mendakwa memakan anjing serta minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan tubuh mereka kekal sihat ketika musim sejuk.

Aktivis haiwan menganggarkan sebanyak 10,000 anjing dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan.

Petisyen bantahan telah dikeluarkan bagi memohon Gabenor Yulin, Chen Wu membatalkan festival ini di laman Change.org

anjing3
Gambar: Aktivis haiwan melutut untuk membeli anjing ini bagi elak ia dibunuh untuk Festival Daging Anjing

Kebanyakan aktivis berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya.

anjing4tecik
Gambar: Antara ribuan anjing yang telah menjadi sajian festival

Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama meneruskan festival ini.

Petikan dari CNN, seorang lelaki berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou:

“Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.”

anjing6

anjing5
Gambar: Keadaan di pasar terbuka menjual daging anjing

“Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya). Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami,” kata pemilik kedai menjual daging.

anjing7
Gambar: Pemotong daging anjing di pasar terbuka.

Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin.

Mereka mahu festival ini dilarang seperti mana tradisi China yang telah mengharamkan tradisi foot binding sebelum ini. – mynewshub.cc

Sumber: Newsrepublic / VICE

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinamyVideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd