• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Pengurangan Subsidi Minyak Diguna Semula Untuk Rakyat

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Hasil daripada pengurangan subsidi bahan api akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu masyarakat luar bandar terutama dari segi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Pengurangan subsidi ini tidak akan sia-sia kerana hasil daripadanya membolehkan kita menyalurkan bantuan kepada masyarakat luar bandar termasuk menggunakannya dalam projek BR1M.

“Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan, lebih baik ia disalurkan terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rakaman episod akhir Cabaran Perniagaan Luar Bandar di sini hari ini.

Mohd Shafie mengulas pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Sehubungan itu, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Program Cabaran Perniagaan Luar Bandar dianjurkan kementerian itu bertujuan memberi galakan kepada belia desa mengembangkan perniagaan masing-masing.

Program realiti televisyen lapan episod itu disiarkan menerusi TV3 setiap Khamis sejak 11 Sept lepas.- BERNAMA

Tags: minyakShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung Tech Academy Kini Dibuka Di Malaysia

Next Post

Seorang Pembekal & Penagih Air Ketum Ditahan Di Besut

Related Posts

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

20/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia terus mengekalkan daya saing dalam sektor minyak dan gas, dengan harga pulangan modal (break-even) bagi telaga...

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM

14/05/2024
0

DOHA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran...

Next Post

Seorang Pembekal & Penagih Air Ketum Ditahan Di Besut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd