• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapus Levi AP Untuk Harga Kereta Lebih Murah

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan supaya kerajaan menimbang untuk menghapuskan levi sebanyak RM10,000 untuk permit import (AP) terbuka bagi meringankan beban pemegang permit itu.

Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, persatuan itu mengharapkan bajet 2015 yang akan dibentangkan minggu hadapan dapat menghapuskan levi berkenaan dan menurunkan cukai eksais untuk memberi peluang rakyat membeli kereta import dengan harga lebih murah.

“Jika levi dimansuh, harga kereta import akan turun dan dalam masa sama, Pekema akan membawa masuk kereta bermutu tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata walaupun pinjaman kereta di negara ini boleh dibuat sehingga sembilan tahun iaitu satu tempoh yang membolehkan memiliki kereta dengan lebih murah, namun dalam masa sama ia juga membawa kepada hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Katanya, berdasarkan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2013 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia, pinjaman kenderaan menyumbang sehingga 20 peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Muhammad Sha’ani Abdullah berkata pihaknya yakin dalam pembentangan bajet akan datang, harga kenderaan dijangka turun secara tidak langsung apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan mulai April tahun depan.

“Sekarang, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikenakan sebanyak 10 peratus tetapi selepas pelaksanaan GST cukai yang dikenakan sebanyak enam peratus sahaja. Pelaksanaan GST sudah tentulah mengurangkan sedikit harga kereta baharu dan akan lebih murah,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa penurunan harga kereta tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan sebaliknya harga tersebut kebiasaannya akan ditentukan oleh pengeluar syarikat automotif sedia ada.

“Melalui pelaksanaan GST, kita jangkakan memang akan berlaku perubahan pada harga kenderaan, melainkan kerajaan memperkenalkan cukai lain ke atas kereta untuk mengekalkan harga,” katanya. – BERNAMA

Tags: keretaPermit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Dicekup Khalwat Di Perak

Next Post

GST Bantu Kerajaan Tingkat Pendapatan & Perbelanjaan

Related Posts

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

Dua Ditemui Mati Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

27/02/2024
0

KUANTAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan...

Next Post

GST Bantu Kerajaan Tingkat Pendapatan & Perbelanjaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd