Google sedia hadir dengan perkhidmatan permesejan dan yang diantaranya adalah Google Talk dan terkini meraka nampaknya sedang giat mempromosikan aplikasi Hangouts.
Namun ia masih gagal untuk menarik minat ramai pengguna awam dan pihak Google dilaporkan sedang melihat kepada beberapa kaedah untuk menarik pengguna.
Mereka mungkin akan hadir dengan sebuah aplikasi permesejan yang ringkas, berkemungkinan menggunakan nombor telefon sebagai identiti selain akaun Google yang seakan seperti aplikasi permesejan WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
Ia juga akan memfokuskan kepada permesejan dengan antaramuka yang ringkas dan menyasarkan pengguna dinegara-negara membangun.
Mengikut laporan Economic Times, Google sedia mengkaji pasaran India (yang mana menjadi negara pertama untuk pengenalan Android One), dan dilihat Hangouts tidak begitu sesuai untuk penggunaan di sana.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkannya secara rasmi. Memandangkan dengan hadirnya Android One yang menyasarkan pengguna dinegara-negara membangun, berkemungkinan pihak Google akan memperkenalkannya tidak lama lagi – sekaligus menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.
Sumber: ECONOMIC TIMES
Oleh: hzqahmd