• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Seremban Ditunda Ke 28 Okt

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban yang dijadualkan pada 14 hingga 15 Oktober ini ditunda kepada 28 Oktober atas sebab-sebab tertentu.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata, waktu dan kawasan terlibat adalah sama seperti notis sebelum ini.

“Bagaimanapun, Sains akan mengeluarkan notis baharu berkenaan tundaan tarikh ini dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Pada Khamis, Sains dalam kenyataannya memaklumkan bahawa sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (14 Oktober) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Terip dekat sini.

Kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Taman Nusari Bayu, Taman Nusari Aman, Seremban 3, Temiang, Templer, Light Industri Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Pakar KPJ, Hospital Columbia dan Hemodialisis Mawar.

Turut terlibat Hospital Bersalin Cina Templer, Batu 1 Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas (Mambau), Jalan Labu, Taman Desa Rhu dan Taman Warisan Puteri (Sikamat), seluruh kawasan Ampangan, Paroi, Senawang, Rahang, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar dan Taman Seremban Selatan. – mStar Online

Tags: gangguan airNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd