• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCOM Tembak Mati Lelaki Ceroboh Sempadan – Abdul Rashid

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Natijah menceroboh sempadan dan melepaskan beberapa das tembakan, seorang lelaki ditembak mati oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, awal pagi tadi.

Menurut laporan dari portal MStar, Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau menambah, ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot dan ia dikemudikan oleh seorang lelaki.

“Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Selepas insiden berbalas tembakan, pasukannya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah dan dipercayai telah meninggal dunia.

Kata beliau lagi, hasil daripada pemeriksaan, pihaknya menemui sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder.

EssCom

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an.“

Ujarnya lagi, terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil bedah siasat menemui empat kesan tembakan di belakang kepala dan kesan luka di bahagian hadapan kepala.

Susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu,” kata Abdul Rashid.

Pada masa yang sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

“Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau telahpun diberikan taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak cekap dalam mengendalikan situasi dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

“Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna),” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadirkan diri di majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: EsscomSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd