• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Akan Meningkat 5-6 Peratus Tahun 2015

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2015 dijangka kekal berdaya tahan dan mencatat pertumbuhan antara 5.0 dan 6.0 peratus, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Pertumbuhan akan diterajui swasta selaras dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan peranan sektor swasta dalam ekonomi dan juga didorong oleh peningkatan permintaan luar serta aktiviti ekonomi dalam negeri yang berdaya tahan.

“Dari sudut penawaran, semua sektor ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan positif tahun depan dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi,” kata kementerian itu dalam Laporan Ekonomi 2014-2015.

Laporan itu dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2015 di Parlimen hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan itu kadar inflasi dijangka meningkat sementara kepada empat hingga lima peratus tahun depan, terutama disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) serta kesan limpahan pengurangan subsidi bahan api berkuat kuasa Oktober 2014.

“Walau bagaimanapun, kesan inflasi yang lebih tinggi pada penggunaan dijangka bersifat sementara dan akan berkurangan selepas beberapa bulan pelaksanaan cukai tersebut.

“Tambahan pula pendapatan eksport yang lebih tinggi dijangka meningkatkan perolehan perniagaan serta pendapatan isi rumah dan seterusnya mengurangkan kesan inflasi kepada permintaan domestik,” kata kementerian.

Sehubungan itu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita nominal dijangka meningkat 8.1 peratus kepada RM37,486 manakala pendapatan per kapita dari segi pariti kuasa beli (PPP) dijangka meningkat 2.4 peratus kepada US$23,512.

Kedudukan sektor luar Malaysia dijangka kekal kukuh tahun depan sejajar dengan prospek yang lebih baik bagi pertumbuhan global dan perdagangan.

Bagaimanapun, lebihan dagangan dijangka mengecil kepada RM74.1 bilion daripada RM85.6 bilion pada 2014 dengan pertumbuhan import melebihi eksport.

MOF berkata Malaysia kini dalam kedudukan yang baik untuk terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi global yang berperingkat, dengan pertumbuhan lebih menyeluruh kerana asas makroekonomi kukuh seperti ekonomi yang pelbagai, rizab antarabangsa yang kukuh dan sistem kewangan yang sihat untuk menyokong aktiviti ekonomi.

Bagi tahun 2014, PNK nominal dijangka berkembang 10.2 peratus kepada RM1.049 trilion, melepasi paras RM1 trilion pada julung kalinya manakala pendapatan per kapita dijangka meningkat 8.9 peratus kepada RM34,682.

“Dari segi PPP, pendapatan per kapita dijangka meningkat 2.2 peratus kepada US$22,958,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd