• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ebola: Kementerian Kesihatan Perkukuh Kesiapsiagaan

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit virus Ebola.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM telah mengenal pasti 21 hospital di seluruh negara untuk menerima rujukan kes Orang Bawah Pemantauan (PUI) Ebola bagi tujuan pengurusan awal dan pengesahan jangkitan.

“Bagi kes yang disahkan positif jangkitan Ebola melalui ujian makmal, akan dirawat di tiga buah hospital khas yang dikenal pasti iaitu Hospital Sungai Buloh bagi semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth Sabah, dan Hospital Umum Kuching Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Definisi kes PUI Ebola melibatkan kriteria dari aspek klinikal dan epidemiologikal.

Dari aspek klinikal, ia meliputi pengesanan gejala demam dengan gejala tambahan seperti sakit kepala, sakit otot, muntah, cirit birit, sakit perut atau pendarahan manakala epidemiologikal pula meliputi sejarah risiko pendedahan sepanjang tempoh 21 hari sebelum individu terbabit mula sakit.

Beliau berkata sebanyak 20 makmal di hospital dari seluruh negara telah dikenal pasti untuk menjalankan ujian rutin bagi pengurusan kes PUI Ebola.

“Manakala sebanyak tiga makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan Ebola iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut mengadakan latihan simulasi di pelbagai peringkat KKM dan setakat ini empat sesi latihan simulasi telah diadakan selain mempertingkat kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan dalam usaha mencegah penularan penyakit Ebola ke dalam negara.

“Pada 8 Oktober lalu, kita adakan latihan simulasi Ebola yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peringkat Pejabat Rantau Pasifik Barat,” katanya. – BERNAMA

Tags: EbolaKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd