• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Berjerebu Tidak Akan Berterusan

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.

Pegawai Meteorologi, Ambun Irian berkata musim peralihan monsun semasa yang dialami negara ini akan membantu mengurangkan jerebu.

“Kita mengalami musim peralihan monsun, yang dijangka berlaku pada pertengahan bulan November, dengan kekerapan ribut petir dan hujan lebat terutamanya pada waktu petang dan malam di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan pedalaman Sarawak.

“Ini boleh mengurangkan keadaan berjerebu di negara ini,” katanya dalam e-mel kepada The Star.

Selain musim peralihan monsun, negara ini juga mengalami keadaan cuaca yang kering di kebanyakan tempat di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, cuaca kering juga dijangka hanya berlaku dalam tempoh sementara, kata Ambun.

“Keadaan ini adalah disebabkan oleh Taufan Vongfong yang kini terbentuk di timur laut Filipina dan bergerak ke arah selatan Jepun.

“Kekurangan kelembapan di atmosfera menyumbang kepada kurangnya hujan di negara ini, terutamanya Semenanjung Malaysia,” katanya.

Musim peralihan monsun akan diikuti oleh musim monsun timur laut dari pertengahan November hingga awal Mac tahun depan.

“Dalam tempoh monsun timur laut, keadaan cuaca yang lebih lembap dijangka di seluruh negara dengan lima hingga enam episod hujan lebat,” kata Ambun.

Sementara itu, The Straits Times Singapura melaporkan bahawa Indonesia menjangkakan kelewatan permulaan musim hujan dan ini boleh menyebabkan cuaca berjerebu di Singapura dan Malaysia berakhir sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan bergantung kepada keadaan angin.

Peramal cuaca di Pekanbaru dipetik sebagai berkata bahawa musim hujan, yang pada asalnya dijangka pada awal Oktober di wilayah Riau, kini paling awal akan bermula pada pertengahan bulan kerana fenomena El Nino. – mStar Online

Tags: CuacaJerebu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd