• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujudkan Jabatan Media Sosial Dikaji

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) akan mempertimbang cadangan mewujudkan Jabatan Media Sosial bagi menggantikan Jabatan Penerangan yang dilihat masih menggunakan cara konvensional untuk menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata alternatif lain ialah menguatkan Jabatan Penerangan supaya menjadi lebih faham dari segi penggunaan media sosial dalam melaksanakan kerja-kerja penerangan.

“Tiada masalah untuk kita mengambil berat akan cadangan itu demi menguatkan lagi (prestasi) Jabatan Penerangan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu disuarakan Noh yang turut meminta kementerian mengambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial yang memburukkan kerajaan dan usaha kumpulan militan merekrut pelajar sekolah melalui laman sosial seperti laporan media hari ini.

Mengulas lanjut persoalan yang dibangkitkan Anggota Parlimen Tanjung Karang itu,  Ahmad Shabery berkata 11 kes didakwa sepanjang tahun ini berhubung kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata mengharamkan Facebook bukan tindakan terbaik dalam menangani penyalahgunaan media sosial dan kerajaan tidak berniat menutup aplikasi berkenaan.

Menurutnya, pengalaman negara lain dalam soal ini boleh dijadikan panduan  termasuk satu pandangan mahkamah yang menyatakan manfaat menutup platform media sosial adalah kecil berbanding kebaikan yang terhasil daripada platform itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd