RANGKAIAN francais burger tempatan, Burgerbyte Sdn Bhd (Burgerbyte) tidak akan menaikkan harga makanannya walaupun selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015.
Memetik Sinar Harian, Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Najib Zakaria berkata, Burgerbyte akan menanggung cukai yang dikenakan dan sedang menunggu untuk memperoleh permit mengimport daging.
“Jika dapat permit tersebut, kami tidak perlu berurusan dengan orang tengah yang turut akan mengenakan GST dan sekali gus menambah kos yang kami akan tanggung.
“Adalah lebih baik jika kami mendapatkan permit itu dan harga makanan kami tidak akan dinaikkan kerana kami mampu mengawal harga tersebut,†katanya ketika majlis pembukaan Burgerbyte cawangan Shah Alam, baru-baru ini.
Selebriti Zizan Razak turut menjadi francaisi kepada jenama itu dan membukannya di Damansara Perdana, Sentul dan Senawang, Negeri Sembilan.
Mohd Najib berkata, isu permit mengimport daging antara cabaran yang dihadapi Burgerbyte sebelum GST dilaksanakan dan sekiranya berjaya, mereka mampu meminimumkan kos yang ditanggung.
Beliau berkata, pelaburan melalui ‘licensing’ Burgerbyte diantara RM350,000 hingga RM450,000 .
Menawarkan kepelbagaian menu, daripada masakan Barat merentas citarasa Italy tanpa mengenepikan keunikan masakan Asia, antara menu ‘signature’ Burgerbyte adalah Spaghetti, Pasta dan Westernize Nasi Arab.
Ditanya mengenai cawangan Burgerbyte, Mohd Najib berkata, pembukaan di Shah Alam menjadikan jumlah keseluruhan kedai Burgerbyte kepada 12 cawangan.
“Kami juga akan buka dua cawangan Burgerbyte sehingga hujung tahun ini di Pasar Karat Johor Bahru, Johor dan Ampang, Kuala Lumpur.
Burgerbyte Shah Alam turut memberi diskaun 10 peratus kepada pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Shah Alam apabila menikmati makanan di situ dengan mempamerkan kad pelajar mereka. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA