• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Putus Tangan Diserang Beruang Di Zoo

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

China – Ia merupakan satu insiden yang mengejutkan semua pengunjung zoo di Herbin Park, apabila seekor beruang menyerang seorang budak lelaki berusia sembilan tahun hingga menyebabkan tangan kanannya putus.

Ketika kejadian, budak berkenaan terpaksa bergelut dengan beruang tersebut selama 10 minit.

Lebih memilukan budak lelaki itu yang dalam keadaan terkejut, berdiri tegak tanpa menangis, seolah-olah kaku, ketika bajunya berlumuran dengan darah.

Malah ketika pasukan paramedik tiba, mereka terpaksa merawat tangan budak itu dalam keadaan dia berdiri tegak. Ketika itu kelihatan tulang tangannya tersembul.

Manakala tangannya yang putus itu masih berada berhampiran kandang beruang tersebut.

Ketika insiden itu berlaku, budak tersebut sedang melawat kandang beruang di zoo terbabit bersama datuknya. Namun ketika datuknya ke kedai membeli gula-gula di kawasan berhampiran, dia telah mendekati beruang tersebut.

Binatang itu secara tiba-tiba kemudiannya menyerang budak tersebut dengan menggigit tangannya. Meskipun orang ramai cuba membantu namun mereka gagal.

bear1
Dalam pada itu, ibu bapa budak-budak berkenaan mengecam pihak pengurusan zoo kerana tidak memantau beruang tersebut.

Malah ibunya yang hanya dikenali sebagai Ku berkata, dia amat terkejut dengan kejadian tersebut.

“Apa yang menyedihkan sebaik saya tiba di hospital, doktor memberitahu bahawa mereka terpaksa memotong keseluruhan tangan kanan anak saya.

“Kami tidak tahu bagaimana kami dapat berdepan dengan kejadian ini. Seluruh keluarga kami musnah disebabkan oleh zoo ini,’’ katanya.
Pihak zoo bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

Tags: kanak-kanakzoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd