• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Polis Siasat Sebelum Kait Letupan Dengan Pengganas

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat punca sebenar kejadian letupan bom di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang di ibu negara awal hari ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak boleh memberi pengesahan dengan ‘cakap-cakap’ kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas kerana siasatan masih dilakukan polis.

“Saya akan minta pihak PDRM mengeluarkan kenyataan mengenainya apabila bukti konklusif dan penyiasatan telah dijalankan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Sebanyak 14 orang dilaporkan cedera termasuk seorang pekerja joki lelaki parah dalam insiden letupan bom buatan sendiri pada kira-kira 4.20 pagi itu.

Kejadian itu dipercayai serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua, tempat letak kereta bangunan berkenaan. – BERNAMA

Tags: BompengganasZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd