• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beras Keluaran IADA Ketara, Bebas Sisa Racun

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Beras yang dihasilkan dari sawah padi kawasan jelapang di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) diiktiraf bebas daripada sisa racun.

Pengarah Ketara Mohamad Kaberi Ghani berkata kajian yang dilakukan oleh Ketara dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kandungan logam berat padi yang dikeluarkan dari kawasan jelapang padi di Besut dan Setiu menunjukkan beras Ketara tidak mengandungi sisa racun atau sisa baki pada makanan tersebut berdasarkan beberapa ujian pada sampel yang diambil.

“Pasukan itu mengkaji pokok padi, beras, air sungai, tali air dalam tanah dan mendapati beras Ketara bebas unsur logam, membuktikan beras yang dihasilkan terjamin kualiti dan tidak memudaratkan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif kepada peserta NKEA–EPP 11 Padi IADA Ketara 2014 kali kelima di Dewan Masjid Hadhari Jertih di sini semalam.

Pada majlis tersebut insentif bernilai RM2 juta diagihkan kepada peserta tanaman padi melalui tiga agensi iaitu 10 Tan Teamwork M Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kerandang dan PPK Gerai.

Mohd Kaberi berkata kejayaan petani di Ketara menghasilkan padi berkualiti dan bebas racun telah dibentangkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurutnya pihak ICU terpegun dengan hasil keputusan ujian tersebut yang dikatakan tidak terdapat di kawasan lain.

“Kami sedang mempertimbangkan cadangan pihak ICU supaya Ketara mengeluarkan beras sendiri dengan jenama sendiri kerana beras yang bebas logam berat dan racun mempunyai harga yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun pihaknya tidak ke arah itu, sebaliknya merancang untuk pemasaran beras Ketara diusahakan pihak tertentu seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Beliau yakin sekiranya petani di kawasan Ketara terus mengekalkan pengeluaran beras yang baik akan membolehkan mereka mendapat persijilan My Gap(Amalan Pertanian Baik) untuk beras dari jelapang IADA Ketara yang secara langsung membolehkan mereka menembusi pasaran beras dunia. – BERNAMA

Tags: Racun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kes Kucing Diracun, Dicampak Dari Pangsapuri Dirujuk Ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar

09/08/2025
0

AMPANG - Siasatan kes dera dan bunuh kucing di sebuah pangsapuri di sini dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Hulu Langat....

Harga Racun Naik 199 peratus

02/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendedahkan harga racun serangga meningkat sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd