Kejadian berlaku di Putrajaya apabila bendera negeri Johor dikibarkan secara terbalik.
Mynewshub yakin ia mesti berlaku akibat kecuaian dan tidak mungkin sebab lain.
Kesilapan itu diketengahkan oleh pihak Johor Media Social melalui akaun twitter mereka.
Pihak berkuasa tempatan di pusat pentadbiran negara itu adalah Perbadanan Putrajaya, justeru perbadanan itu hendaklah segere memperbetulkan kesilapan itu dan pastikan ia tidak lagi berulang.
Kedudukan bendera ini ada banyak hubung kait dengan soal maruah. Itulah sebabnya dalam peperangan zaman dahulu kala pembawa panji dan bendera mesti memastikan bendera pasukan mereka tegak berkibar dalam apa jua keadaan.
Kalau bendera jatuh ke bumi umpama jatuh la maruah pasukan mereka.
Kesilapan seperti ini jangan dijadikan amalan terutama pada zaman sekarang di masa sesiapa sahaja boleh menyebarkan sesuatu dengan pantas.-MYNEWSHUB