• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Perlu Tingkat Minat Dalam Ekonomi Digital

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Golongan belia perlu meningkatkan minat terhadap ekonomi digital agar dapat melibatkan diri dalam sektor keusahawanan sekali gus melonjakkan pendapatan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata para belia juga perlu terlibat dalam usaha pembangunan aplikasi serta permainan digital dan bukan sekadar menjadi peserta dalam permainan.

Katanya, ekonomi digital juga bukan hanya untuk diceburi oleh graduan Teknologi Maklumat (IT) malah graduan bidang lain juga memandangkan ia bakal menjadi pemacu utama perkembangan ekonomi negara.

“Lepas ini, kita tidak hanya ingin melihat anak-anak kita memilih kerjaya tradisi seperti doktor, jurutera dan peguam, tetapi mereka perlu terlibat dalam sektor baharu seperti ekonomi digital ini.

“Ini adalah kerana sektor ini akan menambah baik produktiviti dan meningkatkan kualiti hidup golongan itu termasuk memberikan pendapatan lumayan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Digital Campus 2014’ di sini, hari ini.

Digital Campus 2014 anjuran Youth on Unity (Y.O.U.) merupakan seminar, bengkel, pertandingan permainan digital dan robotik yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, di Pusat Koncensyen Sunway Pyramid di sini.

Mengulas pengajuran program yang julung-julung kali diadakan itu, beliau berkata ia merupakan platform terbaik dalam mendedahkan anak muda Malaysia dengan amalan terkini berkaitan ekonomi digital.

Turut hadir Pengerusi Y.O.U., Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Khairy turut mencadangkan agar aspek literasi digital dijadikan kurikulum dalam pendidikan negara agar kanak-kanak seawal usia terdedah dengan ilmu berkaitan industri kreatif dan multimedia. – BERNAMA

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd