• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Adun Bukit Lada Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Izzat Mohd Shauki, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi.

Ahmad Izzat, 34, yang merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada dan bekas Timbalan Speaker DUN Negeri Kedah dari 2008 hingga 2013, meninggal dunia pada 11.10 malam tadi akibat serangan strok dan penyakit kencing manis.

Jenazah Allahyarham dibawa balik ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abd Halim di sini pagi ini sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah Ahmad Yahya berkata solat jenazah kali kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira 11 pagi.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Muassasah Darul Ulum, bersebelahan pusara bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak,” katanya.

Pada 20 Sept lepas, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya akibat pendarahan.

Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala Allahyarham, selain doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami ‘minor stroke’.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara tiga dan 10 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham Ahmad Izzat memenangi kerusi DUN Bukit Lada menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ariffin Man dengan majoriti 208 undi, setelah mendapat 9,600 undi berbanding Ariffin 9,392 undi.

Beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, setelah tewas kepada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mewakili BN dengan majoriti 1,324 undi. Ahmad memperoleh 12,664 undi manakala Allahyarham mendapat 11,340 undi. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Sahabat Curi Kambing Kena Parol

Next Post

11 OKU Sertai Cabaran Pendakian Gunung Kinabalu

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

11 OKU Sertai Cabaran Pendakian Gunung Kinabalu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd