• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Banyak Cukai Untuk Golongan Kaya – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen TV tempatan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan Pakatan Rakyat untuk mengaplikasikan pelbagai sistem cukai terhadap golongan kaya adalah tidak relevan.

Beliau mengulas lanjut Bajet Alternatif PR yang mencadangkan penggunaan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Memetik sumber dari The Malaysian Insider, “Berapa banyak cukai yang hendak dikenakan kepada orang kaya? Cukai SST mahu dikenakan, cukai syarikat, cukai CGT, dan apabila mereka mati pun mereka masih perlu membayar cukai iaitu cukai warisan harta.”

Tambah beliau lagi, ” Jadi apa yang tinggal untuk mereka dan apa nak diberi pada anak mereka? Kita tidak mahu sekiranya dikenakan terlalu banyak cukai maka akan menyebabkan golongan kaya keluar dari negara.”

Ahli Parlimen Pontian itu menolak cadangan PR untuk menggunakan dua sistem cukai tersebut di negara ini buat masa ini.

“Kena ingat kita bukan negara maju tapi kita menuju negara maju,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, Ahmad Maslan tidak menafikan penggunaan dua sistem tersebut pada masa hadapan andai Malaysia sudah mencapai taraf sebuah negara maju.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat dalam bajet alternatif mereka, mencadangkan CGT dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada GST kerana cukai tersebut disasarkan kepada golongan kaya sahaja. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Ahmad MaslanBajet 2015GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd