• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: RM27.6B Tingkat Keselamatan & Ketenteraman

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM27.604 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 untuk meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah itu termasuk peruntukan RM17.7 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RM9.1 bilion untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RM804 juta bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata bagi PDRM, kerajaan meluluskan 11,757 perjawatan anggota polis selain membina 14 Ibu Pejabat Polis dan balai polis termasuk bangunan baharu Ibu Pejabat Kontinjen Perlis.

Langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, yang merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, katanya sebanyak 1,000 lagi unit rondaan motosikal PDRM akan ditambah dan kerajaan juga memperuntuk RM121 juta kepada pihak berkuasa itu bagi melaksanakan pelbagai program NKRA.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota ATM, Najib berkata sebanyak RM7 bilion diperuntukkan bagi memperoleh dan menyelenggara aset-aset pertahanan.

“Kebajikan anggota tentera juga akan dipertingkat termasuk perkhidmatan kesihatan dan penyediaan kediaman mereka,” katanya.

Perdana menteri berkata peruntukan RM393 disediakan untuk menambah baik kecekapan operasi dan pembelian tujuh kapal peronda baharu bagi meningkatkan keselamatan maritim.

Selain itu, sebanyak RM117 juta diperuntukkan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terutamanya bagi tujuan latihan bagi mengukuh peranan jabatan berkenaan.

Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri itu juga akan terus memainkan peranan sebagai agensi sukarelawan bagi membantu pasukan keselamatan, dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015: LGM Peruntuk RM100 Juta Laksana Kawal Selia Harga

Next Post

Mamat Khalid Tak Mahu Panjangkan Isu Dengan Usop Wilcha

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Mamat Khalid Tak Mahu Panjangkan Isu Dengan Usop Wilcha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd