• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: PM Bentang Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2015, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat, kekal mesra perniagaan dan pelabur serta inklusif, mengambil kira kebimbangan rakyat dengan memberi penekanan kepada keperluan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara yang diberi perhatian bagi perniagaan ialah menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi, penubuhan had utama oleh syarikat-syarikat multinasional, merangsang industri kreatif, meningkat kapasiti jalur lebar berkelajuan tinggi serta membangunkan perusahaan kecil dan sederhana serta memajukan inovasi dan pengkomersialan.

Mengambil peluang berucap secara terus kepada rakyat, yang disiarkan secara langsung di televisyen arus perdana, Najib, yang juga Menetri Kewangan, turut mencadangkan pelbagai langkah untuk mengurangkan kebimbangan berhubung kenaikan kos sara hidup.

Antaranya, menaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bantuan pendidikan, memacu pelaburan awam dan swasta, meluaskan skop barangan yang tidak akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan insentif cukai yang lain.

Bertemakan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat”, ia menggariskan tujuh strategi utama iaitu, memperkukuh pertumbuhan ekonomi, memantap tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabat peranan wanita, membangun program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Perdana Menteri berkata cabaran utama dalam enyediakan belanjawan RM273.9 bilion ini, yang merupakan peningkatan RM9.8 bilion berbanding belanjawan sebelumnya, bagi menyeimbangkan antara dasar yang popular dan dasar yang berasaskan kepentingan ekonomi dan kewangan.

Bajet 2015 merupakan belanjawan terakhir dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015).

Najib, yang berbaju Melayu jingga, membentangkan Bajet 2015 itu di Dewan Rakyat, belanjawan keenam beliau sejak memegang tampuk pentadbiran negara.

Perdana Menteri yakin negara akan mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh pada kadar antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus tahun ini serta 5.0 peratus dan 6.0 peratus pada 2015.

Defisit fiskal dijangka terus berkurangan kepada 3.5 peratus tahun ini dan terus bertambah baik kepada 3.0 peratus menjelang akhir 2015, kata beliau. Mengenai CBP, Najib berkata pelaksanaannya dianggarkan menjana RM23.2 bilion dalam hasil tahun depan.

“Bagaimanapun, sebagai kerajaan prhatin, kita telah mengecualikan sebilangan barangan yang keseluruhannya dianggarkan RM3.8 bilion,” kata beliau dan menambah bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmaatn (SST) akan dimansuhkan.

“Ini akan menyebabkan kehilangan hasil kerajaan sebanyak RM13.8 bilion. Ini bermakna bila ditolak RM13.8 bilion dan RM3.8 bilion daripada kutipan RM23.2 bilion itu, baki yang ada berjumlah RM5.6 bilion,” kata Najib.

Daripada jumlah tersebut, beliau berkata sebanyak RM4.9 bilion akan disalurkan kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M.

“Akhirnya, hasil bersih kutipan CBP hanyalah berbaki RM690 juta,” katanya.

Membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat, Najib berkata pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar CBP bagi pembelian petrol RON95, diesel and LPG.

#Bajet2015 – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan: Ekonomi Global Dijangka Tumbuh 3.9 Peratus Pada 2015

Next Post

Bajet 2015: Nantikan Pengumuman Pemberian Subsidi Petroleum

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Bajet 2015: Nantikan Pengumuman Pemberian Subsidi Petroleum

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd