• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015 Untuk Rakyat – Datuk Seri Najib

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mendengar denyutan nadi rakyat berhubung keluhan kenaikan kos sara hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 yang memberi fokus kepada meringankan beban mereka, seiring dengan usaha memajukan ekonomi negara.

Ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan kali ini menitikberatkan keseimbangan antara ekonomi modal dan ekonomi rakyat.

“Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat. Barulah nanti, apabila kita mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini, Insya-Allah,” katanya.

Ekonomi yang berorientasikan rakyat itu merujuk kepada kepentingan rakyat bukan sahaja dari segi kos sara hidup, pendapatan isi rumah tetapi juga merangkumi peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan.

Sebanyak RM273.9 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 yang meliputi RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM50.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bagi memulakan usaha membantu rakyat, Najib menarik perhatian kepada cadangan kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu antara satu hingga tiga mata peratusan, menjadikan 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai bagi tahun taksiran 2015.

Selain itu, golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan juga tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan April tahun depan tidak membebankan rakyat kerana mereka yang menggunakan petrol RON95, diesel dan LPG bakal menikmati pelepasan cukai itu.

Berbeza dengan tanggapan kononnya CBP akan menyebabkan kenaikan harga semua barang, Bajet 2015 mencadangkan lebih separuh daripada 944 barang dan perkhidmatan diberi penurunan harga sehingga 4.1 peratus apabila cukai itu dilaksanakan.

Antaranya ialah ubat-ubatan, barangan elektrik, produk tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi dan bahan makanan seperti beras, daging, telur ayam, minyak masak dan sayur-sayuran. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Akan Terus Pergiat Aktiviti Ekonomi

Next Post

Bajet 2015: Malaysia Kekal Terajui Pasaran Modal Islam

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Bajet 2015: Malaysia Kekal Terajui Pasaran Modal Islam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd