• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015 Sinar Baharu Kepada Masyarakat India

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tohmahan pihak tertentu kononnya kerajaan meminggirkan masyarakat India di negara ini adalah tidak berasas apabila kerajaan mengumumkan pemberian pelbagai insentif kepada pembangunan masyarakat India dalam Bajet 2015, kata Presiden Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran.

Beliau yang juga pengasas parti tersebut berkata bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas, jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia termasuk masyarakat India.

“Masyarakat India akan menikmati kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Ramai golongan India berada dalam kategori ini dan ia akan membantu memperkasakan taraf ekonomi mereka.

“Di samping mengumumkan peruntukkan tambahan kepada rakyat, Perdana Menteri juga telah memberikan beberapa peruntukan khas kepada masyarakat India dalam bidang pendidikan dan keusahawanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Najib mengumumkan peruntukan masing-masing sebanyak RM30 juta kepada usahawan wanita India di bawah program Amanah Ikhtiar Malaysia dan golongan belia India sebagai penyediaan latihan teknikal serta bantuan.

Najib turut memberikan peruntukan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil bagi tujuan membangunkan dan menyelenggarakan fasiliti pendidikan dalam aspek keselamatan serta persekitaran.

Thanenthiran berkata peruntukan baharu yang diberikan kepada usahawan wanita India akan membawa perubahan besar dan memberi peluang kepada wanita untuk diri dalam bidang perniagaan kecil bagi menjana pendapatan manakala peruntukan RM50 juta akan memanfaatkan 524 buah SJK Tamil di seluruh negara.

Beliau menyifatkan Bajet 2015 sebagai usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar sekali gus menyambung kesinambungan negara bagi mencapai kudrat Wawasan 2020.

“Saya juga berharap bajet ini membuka mata pihak-pihak tertentu yang sentiasa mengutuk kerajaan dan berhenti keluarkan kenyataan berbaur fitnah,” katanya.

Thanenthiran berkata Makkal Sakti akan sentiasa bersama kerajaan bagi meneruskan agenda perjuangannya untuk pembangunan negara. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Masyarakat India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LDP Sesak, Kenderaan Polis Ditahan

27/11/2018
0

SUBANG JAYA - Kehadiran lebih daripada 1,000 masyarakat India yang berkumpul di Kuil Maha Sri Mariamman, Putra Heights ekoran berlakunya...

Polis Tingkat Keselamatan Di Jalan Tengku Kelana

02/11/2018
0

KLANG - Keselamatan di sepanjang Jalan Tengku Kelana di sini, lokasi tumpuan masyarakat India membeli-belah sempena sambutan Deepavali ini akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd