• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: RM660 Juta Perkukuh Esscom – Najib

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), akan diperkukuh dengan peruntukan RM660 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata peruntukan itu merangkumi penambahan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia dan satu batalion Tentera Darat dengan 1,280 anggota baharu yang diluluskan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dua kem juga akan dibina di Esszone iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem Angkatan Tentera Malaysia di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

“Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan berkeupayaan tinggi,” katanya ketika membentang “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, yang meliputi 1,733.7 kilometer.

Najib berkata kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubah suai dan sebuah kapal ‘auxillary’ sebagai ‘Sea Basing’ di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak RM230 juta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat Petronas.

“Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata perkampungan-perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan akan turut ditempatkan semula secara berperingkat.

“Kerajaan berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak,” kata beliau.

Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri semasa lawatannya ke Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas, susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo sebulan sebelum itu. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015: RM2.7 Bilion Tingkat Keupayaan Jalur Lebar

Next Post

Bajet 2015: RM2.26B Diperuntuk Giatkan Penglibatan Wanita

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Bajet 2015: RM2.26B Diperuntuk Giatkan Penglibatan Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd