• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: RM23.3 Bilion Untuk Kemudahan Kesihatan Rakyat

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM 23.3 bilion bagi pelaksanaan inisiatif meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia melibatkan pembinaan dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, serta 20 Klinik Kesihatan dan empat Klinik Pergigian, antaranya di Kuala Lipis, Pahang dan Kluang, Johor.

“30 Klinik 1Malaysia juga ditambah menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya.

Kerajaan juga akan menempatkan 30 doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia,” katanya ketika membentangkan Bajet 2015 bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata RM30 juta diperuntukkan bagi menggantikan 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

“Kerajaan turut menyediakan ruang di hospital dan klinik kesihatan bagi menempatkan 244 buah mesin hemodialisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan RM45.4 juta bagi menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut.

“Pelepasan cukai bagi perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan perubatan, meliputi pasangan dan anak,” katanya.

Katanya, bagi mengekang penularan wabak demam denggi, sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk mengagihkan sebanyak 55,000 kit ujian denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal denggi secara percuma.

“Program pencegahan denggi akan dipertingkatkan melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan pencegahan denggi seperti ‘re-agen’, ‘Ultra Low Volume’ dan ‘Mist Blower’,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Peruntuk RM273.9 Bilion Bagi Bajet 2015

Next Post

Had Layak Mohon PR1MA RM10,000 Sebulan

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Had Layak Mohon PR1MA RM10,000 Sebulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd