• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: RM2.26B Diperuntuk Giatkan Penglibatan Wanita

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.26 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi mempergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja serta aktiviti keusahawanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi mencapai sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, sebanyak 125 bakal pengarah wanita diberi latihan bagi mengisi jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah syarikat kerajaan dan swasta.

“Kerajaan juga menambah baik peluang wanita kembali ke pasaran kerja menerusi Program sokongan Untuk Suri Rumah 1Malaysia menerusi latihan kemahiran dan galakan suri rumah.

“Selain itu, Program Wanita Kembali Berkerjaya diwujudkan untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan kelayakan profesional oleh Talent Corp,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meningkatkan aspek keselamatan wanita, kerajaan akan membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon wilayah timur, utara dan tengah serta meneruskan Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita.

“Susulan daripada pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), usahawan wanita India akan diberi peruntukan khusus sebanyak RM30 juta,” katanya.

Bagi penjawat awam, Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan menambah baik kemudahan cuti menjaga anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh cuti bersalin berkuat kuasa 1 Jan 2015.

“Kemudahan ini terhad untuk tempoh setahun dan diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang-undang, anak pelihara dan anak kurang upaya,” katanya.

Najib berkata, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis panduan sedia ada akan dipinda.

“Mulai Januari 2015, majikan dibenarkan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015: RM660 Juta Perkukuh Esscom – Najib

Next Post

MH 17 : Kenyataan Bodoh Pengguna Facebook Cetus Kritikan

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

MH 17 : Kenyataan Bodoh Pengguna Facebook Cetus Kritikan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd