• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015 Rangsang Pertumbuhan PKS

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mampu merangsang pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini, kata Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata peruntukan pinjaman daripada agensi perbankan dan badan pembangunan usahawan juga dijangka bakal meningkatkan penglibatan usahawan khususnya Bumiputera dalam PKS.

“Pengumuman Perdana Menteri berhubung peruntukan yang disalurkan kepada PKS jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membangun dan memajukan industri itu serta golongan usahawan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Halal Hab Serkam di sini hari ini.

Di bawah Bajet 2015, kerajaan mencadangkan pelaksanaan Rakan Kongsi Pelaburan PKS dengan dana permulaan RM375 juta bagi tempoh lima tahun; RM80 juta diperuntuk untuk Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad serta penyediaan tambahan dana pembiayaan sebanyak RM500 juta oleh TEKUN.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata PUNB berharap mendapat peruntukan tambahan daripada bajet tersebut.

“PUNB belum mendapat makluman berhubung peruntukan yang bakal diterima pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata PUNB menyalurkan lebih RM200 juta pinjaman kepada usahawan di seluruh negara pada setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar: Sut Yang Tidak Seperti Anda Sangkakan

Next Post

Helen Mening Dilantik Ketua Wanita PPP

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Helen Mening Dilantik Ketua Wanita PPP

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd