• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Malaysia Kekal Terajui Pasaran Modal Islam

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal menerajui pasaran modal Islam apabila ia terus mengukuh dengan mempromosi dan mewujudkan secara aktif pasaran sukuk yang cergas melalui peruntukan perundangan yang menyokong perbankan dan pasaran modal.

Menurut Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2014-2015 yang dikeluarkan hari ini negara mempunyai asas yang besar bagi pelabur institusi tempatan iaitu dana pencen, bank dan syarikat insurans untuk mengekalkan pertumbuhan pasaran sukuk.

Pada akhir Julai tahun ini, sebanyak 664 sekuriti patuh Syariah disenaraikan di Bursa Malaysia, mewakili 73.2 peratus daripada jumlah sekuriti tersenarai dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM1,084.5 bilion dan jumlah dagangan sekuriti patuh Syariah meningkat kepada 205 bilion unit dengan nilai RM199.8 bilion.

“Pasaran sukuk domestik telah berkembang dengan pesat dan Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai penerbit sukuk terbesar di dunia, mencakupi 57.3 peratus atau US$161 bilion daripada sukuk terkumpul global dan 63 peratus atau US$41.7 bilion daripada terbitan sukuk dalam enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Laporan itu dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Menurut laporan itu Bursa Suq Al-Sila’s (BSAS), platform pelbagai komoditi dan pelbagai mata wang yang mematuhi Syariah pertama di dunia, terus berkembang dengan bilangan peserta BSAS meningkat kepada 85, terdiri daripada 64 peserta dagangan komoditi dan 17 peserta asing pada akhir Julai tahun ini.

“Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, perolehan dagangan meningkat 28 peratus kepada RM3.8 bilion dengan RM386 bilion komoditi ditawarkan dan RM756.6 bilion telah didagangkan,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan itu, industri perbankan Islam telah menunjukkan pertumbuhan ketara dalam tempoh lima tahun lepas, dengan aset hampir dua kali ganda daripada RM303.2 bilion pada akhir 2009 kepada RM558.2 bilion pada akhir 2013.

Pada akhir Julai tahun ini, jumlah aset sistem perbankan Islam (termasuk DFI) meningkat 9.7 peratus kepada RM580.8 bilion.

“Jumlah deposit dalam sistem perbankan Islam meningkat 13 peratus kepada RM458.9 bilion pada akhir Julai tahun ini. Dalam tempoh yang sama, jumlah pembiayaan sistem perbankan Islam meningkat 16.1 peratus kepada RM399.1 bilion.

“Pertumbuhan yang kukuh dalam sistem perbankan Islam juga telah menghasilkan bahagian pasaran yang lebih tinggi daripada aset perbankan Isla (termasuk DFI) telah mencapai 25.1 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan pada akhir Julai tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015 Untuk Rakyat – Datuk Seri Najib

Next Post

Bajet 2015: Sorotan Mengenai Bajet 2015

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Bajet 2015: Sorotan Mengenai Bajet 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd