• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Elaun Sara Hidup Nelayan Dinaikkan

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nelayan Zon A, B dan C akan menikmati kenaikan elaun sara hidup manakala nelayan darat sepenuh masa juga buat julung kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan dalam Bajet 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elaun sara hidup nelayan Zon A akan naik daripada RM200 kepada RM300 sebulan manakala bagi nelayan Zon B dan C dinaikkan kepada RM250.

“Lebih 44,000 nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga memperuntukkan RM60 juta untuk mempergiatkan aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan, udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan yang terjejas terutama musim tengkujuh.

Selain itu, katanya RM27 juta diperuntukkan untuk memasang ‘Automatic Identification System’ pada bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, memastikan kedudukan bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi.

“Sukacita saya mengumumkan tambahan RM250 juta untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan serta menyempurnakan lagi perkampungan nelayan,” katanya sambil menambah bahawa dalam Bajet 2012, kerajaan mengumumkan peruntukan RM300 juta untuk projek perumahan nelayan itu.

Ini merupakan usaha kerajaan dalam menangani masalah pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa, kata perdana menteri. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Projek Infrastruktur Dilaksanakan Tahun Depan

Next Post

Kerajaan Peruntuk RM5b Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Kerajaan Peruntuk RM5b Bagi Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd