• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Elaun Anggota Parlimen Naik, Kenaikan Menteri Ditangguh

oleh AK-47
12/10/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.

“Tanggungjawab seorang anggota Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan.

“Dengan kata lain, khidmat anggota Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

“Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, saya mencadangkan agar elaun anggota Parlimen dinaikkan,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Namun begitu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah mengambil keputusan supaya semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.

“Ini termasuklah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri,” katanya – BERNAMA.

Tags: Bajet 2015Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muzium Komik Belgium Comic Strip Centre Sambut Ulangtahun Ke 25

Next Post

Bajet 2015: Bantuan Persekolahan RM100, Baucar Buku RM250

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Bajet 2015: Bantuan Persekolahan RM100, Baucar Buku RM250

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd