• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan: Ekonomi Global Dijangka Tumbuh 3.9 Peratus Pada 2015

oleh AK-47
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Ekonomi global dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus pada 2015, didorong oleh pertumbuhan perdagangan dunia dan peningkatan aliran pelaburan sebanyak 12.5 peratus kepada US$1.8 trilion berbanding anggaran US$1.6 trilion pada 2014.

Perkembangan ekonomi global dijangka bertambah kukuh pada 2015 susulan kombinasi langkah dasar fiskal dan monetari yang berterusan yang dilaksanakan oleh ekonomi utama bagi menggalakkan pertumbuhan.

Bagaimanapun, terdapat risiko yang boleh menggugat unjuran pertumbuhan ekonomi global, termasuk pembaharuan struktur yang tidak mencukupi dan kegagalan untuk menguruskan tekanan disinflasi di kawasan euro, kata Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2014/2015 dikeluarkan hari ini.

Laporan tersebut dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2015 hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Inflasi global dijangka kekal sederhana kerana jurang output yang besar dinegara maju, manakala harga komoditi dijangka mencatat trend menurun.

Sementara itu, ekonomi dunia dijangka kekal mengalami trajektori pertumbuhan sederhana dan tidak setara pada 2014, disokong oleh peningkatan ekonomi di Amerika Syarikat dan United Kingdom berserta kadar perkembangan yang stabil, walaupun lebih perlahan dalam ekonomi berkembang pesat yang utama.

Pertumbuhan ekonomi global diunjur kekal stabil pada paras 3.3 peratus dengan pertumbuhan yang lebih kukuh di negara maju iaitu 1.8 peratus dan pertumbuhan yang lebih perlahan di negara membangun yang berkembang pesat sebanyak 4.5 peratus.

Sementara itu, pelaburan langsung asing dijangka meningkat 10.3 peratus kepada US$1.6 trilion berbanding US$1.5 trilion pada 2013 terutamanya didorong pelaburan di negara maju yang telah mula menunjukkan pemulihan.

Risiko terhadap pertumbuhan ekonomi global secara keseluruhannya lebih seimbang walaupun ke arah penurunan – BERNAMA.

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan: Pendapatan isi Rumah 2014 Tunjuk Corak Positif

Next Post

Bajet: PM Bentang Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Bajet: PM Bentang Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd