• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Gewe Kelate!! MPKB Lancar Ops Gempur Aurat

oleh AK-47
31/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah melancarkan ‘Operasi Gempur Aurat’ bertujuan menangani isu membuka aurat di ibu negeri Kelantan itu, khasnya melibatkan peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB Nor Azariza Mohd Alawi berkata operasi itu sudah mula dijalankan sejak September dan akan berlangsung hingga hujung tahun ini.

Ia dilancarkan berikutan ramai pihak dikesan leka dengan peraturan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

[BACA – Kelantan Laksana Hukum Hudud Tahun Depan – MB]

“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya memetik laporan akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata operasi itu sudah dilaksanakan secara menyeluruh di kawasan menjadi kunjungan orang ramai seperti di pasar raya dan pasar malam.

Bagi Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan pula, beliau berkata sejak operasi itu diadakan, sebanyak 34 kompaun telah dikeluarkan MPKB ke atas peniaga yang gagak mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.

“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kelantanoperasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd