• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allahyarham Ja’afar Onn Wira Berjasa

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen (B) Datuk Ja’afar Onn yang meninggal dunia semalam sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam dunia ketenteraan negara.

Beliau berkata Allahyarham Ja’afar, 81, yang merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn adalah seorang yang berprinsip dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Sama-samalah kita doakan agar Allah s.w.t memberkati dan merahmati rohnya. Saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas doa dan juga kata-kata semangat serta mereka yang telah menguruskan jenazah Allahyarham,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Ja’afar di kediamannya di Seksyen 11 di sini.

Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan beberapa anggota dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ja’afar yang juga bapa saudara HishammudDin meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 7.45 malam semalam akibat sakit tua.

Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada enam beradik meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua orang anak, Faridah, 56, dan Farid, 55.

Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Umno Selangor menghargai segala jasa dan bakti yang pernah dicurahkan Allahyarham dalam menjaga keamanan negara.

Wakil keluarga Allahyarham, Haerris Khizer Mohd Riani, 29, berkata Ja’afar merupakan seorang yang suka menulis buku dan pernah menyumbang banyak kepada politik negara. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Timun, Cuka, Lemon & Roti, Bahan Mujarab Untuk Petua Harian

Next Post

Radio Era FM Cari Penyampai Radio Baru Ganti Aril AF

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

Next Post

Radio Era FM Cari Penyampai Radio Baru Ganti Aril AF

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd