• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Syor Mansuh Bayaran Muka Beli Rumah

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya kerajaan melupuskan bayaran muka 10 peratus untuk pembelian rumah bagi pembeli muda khasnya mereka yang bekerja tidak lebih 10 tahun.

Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata kekangan utama kepada profesional muda untuk memiliki rumah ialah kos tunai awal, dan pelupusan bayaran muka dilihat boleh meringankan beban mereka.

Katanya, jika bayaran itu dilupuskan, pembeli muda boleh menggunakan dana daripada akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk menampung kos pengurusan guaman dan insuran pembelian rumah.

“Pelupusan bayaran muka akan memudahkan golongan muda memiliki rumah mampu milik di sebalik kemampuan kewangan mereka yang terhad,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa selain pendahuluan 10 peratus dari harga rumah, pembeli terpaksa menyediakan kos sekitar RM7,000 hingga RM10,000 yuran guaman bagi penjanjian jual beli manakala RM20,000 lagi bagi kos insuran perumahan.

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) menyarankan supaya kerajaan mewujudkan satu skim simpanan sebagai mekanisme jangka panjang untuk membantu pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda.

“Kalau boleh, kita wujudkan satu skim simpanan perumahan dan kita mula menggalak pelajar sekolah menyimpan wang di dalam skim tersebut.     Bila dewasa, mereka akan punyai wang untuk membeli rumah,” katanya.  – BERNAMA

Tags: beli rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Ditemui Mati Dengan Lima Tikaman

Next Post

Lebih Banyak Syarikat Daftar Untuk GST: Kastam

Related Posts

Jangan Khuatir Beli Kereta, Rumah Secara Tunai

11/10/2021
0

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan. Persoalannya...

Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Boleh Beli Rumah

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam akan dikeluarkan daripada Sistem Rujukan Maklumat Berpusat...

Next Post

Lebih Banyak Syarikat Daftar Untuk GST: Kastam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd