• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Daerah Di Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Hari Ini

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di empat daerah Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada Khamis ini (9 Okt) mulai 9 pagi hingga 9 malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pembaikan saluran paip oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Katanya, pada masa sama pihak SYABAS turut melaksanakan kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan.

Menurutnya di Sepang, kawasan yang terjejas ialah Bandar Baru Salak Tinggi, IOI Sepang, MARDI, Suria Tropika, D’Alpinia, Jenderam Hilir, 16 Sierra dan Sungai Buah.

Di Petaling, kawasan terjejas ialah Bandar Bukit Puchong, Bandar Putra Permai, Bukit Puchong, Bukit Serdang, Kota Perdana, Lestari Perdana, Meranti Puchong, Lestari Puchong, Pinggiran Putra, Taman Universiti Indah, Taman Puncak Jalil, Pasar Borong Selangor, Hospital Serdang dan ASTRO Bukit Jalil.

Di Hulu Langat, kawasan terjejas ialah Bandar Sri Putra, Bandar Baru Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Kampung Rinching Hilir, Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Kampung Sungai Purun, Semenyih, Mines Resort dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Kawasan yang terjejas di Gombak ialah Air Panas Setapak, Hospital Columbia, Jalan Semarak, Taman Danau Kota, Kampung Bandar Dalam, Taman Prima Setapak, Jalan Genting Kelang, Jalan Langkawi, Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.

Syabas menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian
bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.

Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. – BERNAMA

Tags: gangguan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd