• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

39 Rakyat Malaysia Terlibat Gerakan Militan

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setakat ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam aktiviti Jihad Al-Nikah.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jihad Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan
seksual militan.

Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.

“Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara,” tegas Ahmad Zahid. – BERNAMA

Tags: MilitanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd