• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Penerima i-BR1M Perlu Beri Lebih Perhatian

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Waris penerima Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) perlu memberi perhatian terhadap kelebihan bantuan itu agar kebajikan mereka lebih terjamin selepas kematian ketua isi rumah.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga, Takaful Ikhlas Bhd, Rozhan Yusof berkata masih ramai waris yang tidak tahu tentang kebaikan i-BR1M yang terbukti menerusi pantauan yang dijalankan terhadap jumlah kutipan kes tuntutan.

“Jumlah maklum balas yang kami terima daripada masyarakat setelah menjalankan operasi ini agak jauh berbanding jumlah tuntutan yang kami jangkakan akan terima.

“Waris kurang sedar, malahan ada yang tidak tahu tentang kewujudan i-BR1M kerana mereka tidak dimaklumkan oleh ketua isi keluarga dan tiada rujukan setelah kematian mereka,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah/keluarga, yang bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Sebanyak empat juta ketua isi rumah layak menerima perlindungan takaful i-BR1M bernilai RM50 bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2014 dan bantuan insurans tersebut diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.

Setakat ini, Takaful Ikhlas telah menerima hampir 15,000 jumlah tuntutan yang bernilai RM36 juta, meliputi tujuh peratus dari kes kematian akibat kemalangan, dan baki 93 peratus kematian biasa.

Rozhan berkata konsortium Takaful kini merancang untuk mengambil inisiatif menjalankan kempen kesedaran di seluruh negara bagi membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat bermanfaat mengenai i-BR1M.

Antaranya, RM30,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan.

Rozhan berkata pihaknya sedang meneliti beberapa maklum balas daripada rakyat yang berupa permintaan supaya kerajaan mempertimbang sekiranya bantuan i-BR1M itu dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Antara permintaan itu adalah manfaat kemasukan hospital dan kenaikan manfaat akibat kematian biasa kepada lebih dari RM1,000 yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan mengenai i-BR1M, boleh menghubungi hotline 03-27162716 atau emel [email protected] – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd