• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walaupun Pernah Ditahan ISA, Zahid Tidak Berminat Jihad Di Syria

oleh AK-47
11/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan mengenalpasti sekurang-kurangnya lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang secara individu pergi berjuang mengangkat senjata di Iraq dan Syria kononnya berjihad di jalan Allah.

Difahamkan terdapat tiga orang rakyat Malaysia yang pergi untuk tujuan sama telah terbunuh ketika berperang.

Kelima-lima mereka ialah Zainuri Kamaruddin, Rafi Udin, Zid Saharani Mohamad Esa, bekas ahli Jemaah Islamiyah Samad Shukri dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Mohd Lotfi Ariffin.

Rafi, 48, dan Zainuri, 47, mengalami kecederaan ketika bertemput dengan tentera pimpinan Presiden Syria Bashar al-Assad bulan lepas, memetik laporan portal The Malaysian Insider (TMI).

Mengulas lanjut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi berkata biarpun beliau juga pernah ditahan dibawah ISA, tetapi beliau tidak berminat untuk menyertai jihad di Syria.

Beliau berkata, Islam tidak mengajar penganutnya terlibat dalam gerakan ekstremis atau pelampau, sebaliknya mencintai kedamaian dan kesederhanaan.

“Saya tiada maklumat kenapa mereka terlibat dengan aktiviti ini. Saya pun pernah ditahan ISA pada 1998. Tetapi saya tidak berminat ke Syria.

“Pada pendapat saya, jangan fikir penyertaan sebagai individu ialah sebagai ahli jihad. Yang penting, apa yang berlaku ialah masalah dalam negara berkenaan,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, walaupun rakyat Malaysia bersimpati dengan apa yang berlaku di negara luar, bantuan yang seharusnya diberikan adalah bantuan kemanusiaan dan bukannya perjuangan mengangkat senjata.

“Kita boleh beri bantuan kemanusiaan, bukan pasukan menyokong atau menentang. Jika sesuatu berlaku, ia akan beri imej buruk kepada negara.

“Kita tidak mahu negara luar melihat Malaysia sebagai sarang melatih pengganas,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini, mereka akhirnya akan kembali kepada kerajaan.

“Kalau ada yang terbunuh, tercedera, akhirnya mereka akan merujuk kerajaan untuk uruskan segala-galanya,” katanya merujuk kepada laporan media bekas tahanan ISA dipercayai berjuang di Syria.

Zahid turut menekankan kepentingan semangat kesederhanaan.

“Saya harap kesederhanaan atau wasatiyah menjadi pegangan kita, jangan ekstrem ke kanan atau ke kiri.

“Kalau mereka benar-benar patuh hukum Islam, mereka tidak harus lakukan perkara ekstrem. Jihad tidak semestinya berperang, yang penting jihad dengan diri sendiri,” katanya.

Katanya, keutamaan harus diberikan untuk menjaga imej agama Islam itu sendiri.

“Saya tidak mahu menyanggah mana-mana pihak, yang penting imej agama perlu dipertahankan,” katanya.

Zainuri sebelum ini ditangkap dan didakwa mengikut Akta Senjata Api 1960 selepas didapati terlibat membuat senjata api untuk aktiviti militan.

Rafi pernah ditahan di bawah ISA kerana penglibatannya di dalam aktiviti yang didapati membahayakan keselamatan negara.

Selepas ditahan kira-kira 5 tahun, dia dibebaskan pada Oktober 2006 apabila Kementerian Dalam Negeri berpuas hati yang dia sudah pulih. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: ISAMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd